Thursday, December 2, 2010

http://www.PeluangBaik.com/muhais720

peluang baik menanti anda, sertai kami dan anda berpeluang mendapat pendapatan pasif sehingga mencecah RM2xxxx...
tekan link di atas

Tuesday, April 14, 2009

naruto?????

“Azree, Naruto tu sunat tak?” Soal Amir, adik kecil saya yang baru berumur 7 tahun.


Dia sedang mengalami keresahan yang amat bila saya mengusiknya yang dia kena sunat cepat-cepat. Tetapi yang menjadi persoalannya kenapa dia tanya Naruto sudah bersunat atau belum.


Memang betul-betul terpengaruh. Tetapi secara amnya bukan dia seorang sahaja kanak-kanak yang meminati Naruto, malah terlalu ramai. Sampaikan berlaku lambakan jualan manga Naruto di mana-mana kedai runcit mamak.


Dan sejujurnya, saya pun merupakan salah seorang peminat Naruto dan manga-manga Jepun yang lain.



Rasanya bukan saya seorang pelajar universiti yang meminati dan membaca manga-manga dari Jepun, malah agak ramai juga. Kalau di UIAM itu, saya tidak perlu bersusah-payah download manga-manga tersebut di internet. Hanya perlu menunggu sahaja kawan-kawan bilik download dan ajak baca.


Seorang minat Bleach, seorang lagi minat Naruto dan seorang lagi minat One Piece. Dan kalau saya mahu baca manga-manga lain, boleh sahaja ke bilik-bilik berdekatan dan copy daripada mereka.


‘Manga menyerang pelajar IPT’. Mungkin boleh saya katakan begini.


Begitu ramai yang meminati manga-manga dari Jepun ini pasti ada sesuatu faktor yang menarik minat.


Kesan psikologi daripada ‘Naruto’

Apa yang saya kira menjadi sumber tarikan dalam cerita ‘Naruto’ adalah perwatakan watak Heronya iaitu Naruto. Wataknya dibina dengan memiliki sifat-sifat sebilangan besar remaja dan kanak-kanak. Watak biasa-biasa.


Ada yang pernah kena buli, ada yang iri hati pada kehebatan orang lain, ada yang rasa diri tersisih dan macam-macam lagi yang kadang-kadang membuatkan kita berfikir, ‘aku bukanlah hebat sangat kalau nak dibandingkan dengan si dia’.


Dari sudut itu, manga Jepun menyuntik jarum halus dengan mereka watak-watak hero manga Jepun sama seperti mempunyai sifat yang sama dengan kita. Ada yang merasa diri tersisih, ada yang kena buli dan ada yang cemburu dengan kehebatan orang lain. Ketidaksempurnaan inilah yang menjadikan watak-watak dalam cerita itu kelihatan realistik. Seakan wujud dalam diri pembacanya.


Orang kata kalau mahu menulis novel, jangan jadikan watak heronya serba sempurna. Nanti tak melekat pada hati pembacanya. Mungkin ada sesetengah daripada mereka berkata, “Ah! Mana ada manusia sempurna macam ini.


Tetapi kalau sekadar menjadikan watak hero itu tidak sempurna sampai habis penamat cerita pun tidak menarik juga. Oleh kerana itu, ada penambahan ciri penting pada setiap watak hero iaitu tidak mudah putus asa dan ada impian yang tinggi.



Lihat sahaja pada Naruto, daripada awal sewaktu dia masih terkedek-kedek dalam Akademi Ninja lagi dia sudah bercita-cita mahu jadi Hokage. Begitu juga halnya dengan sifat semula jadi manusia, ada impian untuk menjadi hebat atau sekurang-kurangnya tidaklah dihina orang.


Bila saya fikir kembali, sebenarnya watak-watak hero dalam manga ini bukanlah seorang yang berani. Ada juga sifat penakut dalam diri mereka. Cuma apabila mereka inginkan sesuatu, tidak kira apa jua halangan mereka berani untuk menghadapinya. Mungkin ini yang menjadi ikutan adik saya. Cuma dia masih belum ingin bersunat. Nanti saya cucuk-cucuk dia.


Naruto juga amat menghargai hubungan sesama makhluk dan mementingkan nilai persahabatan dan setiakawan. Ini boleh dilihat selepas Sasuke yang merupakan comrade(teman sepasukan) Naruto pergi mengikut Orochimaru, Naruto tetap berusaha mencari Sasuke untuk menyelamatkannya.


“Dia adalah kawan saya!” Ayat yang selalu keluar daripada mulut Naruto.


Nilai persahabatan dan setiakawan ini juga yang turut dirasai pembaca sendiri. Kita tidak boleh hidup seorang diri dalam dunia ini. Perlu ada orang yang turut membantu dan saling melengkapi. Andaikan kalau ada rakan yang tidak menghargai persahabatan, sudah tentu kita sedikit meradang.
Betul tak?

Ha, kan sama macam Naruto.


Manga Jepun Vs Drama Bersiri Melayu

Tentu ramai yang berfikir-fikir mengapa saya hendak samakan manga yang berada dalam kategori komik dengan drama-drama TV.
Tentu tidak adil bukan?

“Manga bolehlah nak tulis cerita itu ini, tapi yang ini drama tv. Cerita mahu bagi yang betul-betul.


Sebenarnya sudah banyak manga yang telah didramakan. Sebagai contoh GTO(Great Teacher Onizuka), Teipan Shoujo(Kisah tukang masak Teipan), Tantei Gakuen Q(Detektif Q) dan sebagainya. Hal ini kerana mereka memikirkan nilai-nilai moral yang ada dalam satu-satu manga itu memang sesuai untuk dijadikan drama.


Jadi, tiada soal tidak adil rasanya jika saya membandingkannya dengan drama-drama bersiri Melayu. Tetapi saya bukanlah memperkatakan semua drama bersiri Melayu, cuma ‘beberapa sahaja’. Tetapi dihabiskan duit ribu-ribu untuk mempromosikannya sampai remaja-remaja tergila-gila menontonnya.


Apa bezanya?

Kalau kita lihat kebanyakan drama-drama bersiri Melayu, watak-wataknya tentulah seorang yang kaya, tampan menawan, ‘bergaya’(asyik-asyik shooting kat tempat shopping), mak datin, dan yang sama waktu dengannya. Ada yang mahu tiru cerita desperate housewives tetapi dibuatnya seperti desperate datin-datin.


Asal boleh mahu segalanya kaya-raya. Mungkin mereka fikir itu yang menjadi tarikan kepada remaja-remaja.



Memang tidak dinafikan pengarah turut menyelitkan nilai-nilai moral. Tetapi seperti sekadar menyelitkan-nyelit sahaja. Kadang terdetik juga saya hendak menonton drama Melayu, tetapi bila buka sahaja balik-balik cerita seperti itu.


“Bagus apa drama Y tu. Ada unsur perniagaan gitu.


Iyalah, bila wataknya dibina sebagai orang kaya mestilah pengarah meletakkan penyebabnya seperti mempunyai syarikat-syarikat besar dan sebagainya. Tetapi apa yang saya lihat, tidak nampak pun nilai-nilai atau contoh-contoh ‘orang di syarikat besar’ bekerja. Kadang-kadang mahu juga saya tahu. Manalah tahu boleh contohi cara kerja mereka.


Inilah yang membezakannya dengan manga atau drama-drama dari Jepun. Kalau mereka buat filem tentang seorang yang pilot, memang ditunjukkan bagaimana seseorang pilot itu bekerja. Termasuklah dengan suasana kerjanya. Kalau mereka buat filem tentang tukang masak, memang tiadalah nak meleret sampai pergi tempat shopping sembilan sepuluh kali macam dalam drama kita.


Mengikut kajian, apa yang kita baca dan tengok, itulah yang menjadi ikutan kita.
Jadi, pilih yang mana satu anda suka? Manga atau Samarinda?

Tuesday, March 31, 2009

9 SiTi Yg DiCoNtOhI..sAPA NAK JADI SiTi yg KE 10??

1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.




2) Siti Fatimah



- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.




3) Siti A'ishah



- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.




4) Siti Hajar



- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).




5) Siti Mariam



- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.




6) Siti Asiah



- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.




7) Siti Aminah



- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.




8) Siti Muti'ah



- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.




9 ) Siti Zubaidah



- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.




* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tapi bukan SITI NURHALIZA ye!!!.Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.

Monday, March 30, 2009

PeSanAN uNtUk OrAng CanTIK..sAPa cANtIk DiSini??

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.




Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.




Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya.
Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?



Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.




Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar.
Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH!

MASYA'ALLAH..! Syaitan & KiTa XbOLEh Di pIsAhKan??

Sabda Rasulullah saw :


(إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنْ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ (صحيح البخاري



“Sesungguhnya syaitan mengalir pada tubuh keturunan Adam pada aliran darahnya”
(Shahih Bukhari)


Demikianlah dahsyatnya kekuatan syaitan untuk mempengaruhi pancaindera, menundukkan telinga dan penglihatan manusia agar tunduk kepada hawa nafsu dan dosa. Demikianlah panca indera manusia, terus dimasuki oleh kekuatan syaitan sampai ke jiwanya sehingga saban waktu syaitan makin berkuasa dalam jiwanya malah makin tertutup jiwanya dari keinginan mulia.


Makin banyak sangka buruknya, makin banyak sombongnya, makin banyak menghina hamba Allah, semakin gelap keadaan itu maka semakin sempitlah terasa kehidupannya walaupun ia dalam keluasan harta, walaupun ia dalam kemudahan, walaupun ia disanjung orang. Maka ketika jiwanya merasakan kesempitan itulah ia tidak merasakan kebahagian melainkan azab. Masya Allah! Jika di dunia lagi sudah merasakan azab, bagaimana pula hal keadaan di akhirat kelak.
Na’udzu billah!


Semua Tidak Terkecuali

Diriwayatkan pula didalam Shahih Muslim, ketika Sayyidatuna Aisyah rha diberitahu oleh Nabi SAW:


“Telah datang kepadamu syaitanmu”, maka berkata Sayyidatuna Aisyah ra “ya Rasulullah apakah di dalam diriku ini ada syaitan?”,“ya betul, di hatimu dan di dirimu itu ada syaitan”. Apakah di setiap manusia juga ada syaitannya? Rasul SAW menjawab, “ya benar pada setiap manusia itu ada syaitan penggodanya”, lalu bagaimana dengan engkau ya Rasulullah? Dan Rasul SAW menjawab. "Ya! pada diriku pun ada syaitannya, tapi Allah SWT sudah menundukkannya sampai syaitan itu pun menyerah”.



Demikian riwayat shahih muslim memperjelaskan lagi hadis riwayat Shahih Bukhari di atas bahawa syaitan itu mengalir di setiap aliran darah keturunan Adam. Begitulah ‘akrabnya’ hubungan syaitan dengan diri manusia. Dicerobohi hati-hati keturunan Adam ini lalu menghembuskan nafas-nafas kesesatan pada hati manusia. Sehinggalah akhirnya hati itu tunduk dibawah kekuasaan syaitan.


Apabila hati telah dikuasai, menguasai anggota lainnya adalah suatu yang mudah.
Kerana hati ini adalah semacam jentera penggerak kepada anggota lainya, sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Shahih Bukhari, Sabda Nabi SAW:


“Di dalam tubuh manusia itu terdapat segumpal daging. Ketika gumpalan daging itu baik maka baiklah seluruh tubuhnya, jika gumpalan daging itu buruk maka buruklah seluruh tubuhnya, ketahuilah gumpalan daging itu adalah hati”.





Kisah-Kisah Tauladan

Berdasarkan hadith ini, syaitan mampu keluar masuk dan menyelinap ke dalam hati sanubari kita tanpa sempadan. Bahkan tidak mampu dikesan. Semacam kita dan syaitan tidak boleh dipisahkan. Sebab itu, sebaik manapun seseorang itu, tetap tidak mampu lari daripada khaatir (lintasan hati) yang mendorong supaya memberontak mengingkari perintah Tuhan. Malahan berapa banyak kisah-kisah mereka yang pada awalnya sangat tekun menunaikan ketaatan akhirnya tersungkur rebah dilembah kemaksiatan.


Adapun kisah-kisah mereka yang dilaknat Tuhan kerana menjadi pengikut syaitan teramat banyak dan terkadang berlaku didepan mata. Namun demikian, Allah SWT memuliakan kita didalam kehidupan ini dengan mengutuskan Nabi Muhammad SAW yang membawa petunjuk kebenaran. Bagi yang menuruti petunjuk itu, runtuhlah kekuatan syaitan ke atasnya. Maka yakinlah! Syaitan sebenarnya tidak berkemampuan untuk meruntuhkan iman manusia. Sebesar manapun kekuatan syaitan, kekuatan Allah lebih besar menolong hamba - hambaNya. Jika Syaitan mampu menjebak manusia kepada dosa dan kemaksiatan sejauh-jauhnya, dalam sekejap saja Allah dapat hapuskan dosanya jika ia banyak bertaubat. Puluhan tahun hamba-Nya berbuat dosa dan kesalahan ternyata ia menebusnya dengan air mata taubatnya maka berguguranlah seluruh dosanya.


Selawat dan salam kepada Junjungan Mulia, Nabi Muhammad SAW yang melalui baginda, Allah menyediakan senjata bagi umat manusia dengan sabdaannya:


” Setiap keturunan Adam itu tidak lepas dari melakukan kesalahan (maksiat), dan kesalahan itu (penyelesaiannya) adalah dengan BERTAUBAT”.










Cahaya Allah

Oleh yang demikian, jika cerita-cerita mereka yang tewas kepada pujukan syaitan banyak kita dengar, jangan pula ketinggalan untuk menghayati kisah mereka yang kembali kepangkuan Tuhan. Bahkan terdapat dikalangan mereka yang diangkat darjat mereka oleh Allah SWT. Antara kisah yang masyhur ialah kisah Fudhail bin Iyadh yg dahulunya seorang perompak. Kisah Hassan Al Basri yang dahulunya seorang pemuda pemuja wanita. Malah cerita-cerita mereka yang insaf yang hidup dizaman kita ini juga wajar dijadikan pedoman. Demikianlah apabila jiwa bercahaya dengan cahaya Allah SWT.


Dan untuk memperolehi jiwa yang bercahaya itu hendaklah sentiasa melazimi diri menghadiri majlis-majlis zikir, majlis-majlis ilmu dan taklim atau mana-mana tempat yang jiwa akan bercahaya dengan keagungan Nama Allah SWT maka disaat itulah terang-benderang sanubarinya, terang-benderang ruhnya dan akan terang-benderang seluruh pancainderanya dengan cahaya Allah. Ketika itulah jiwanya berat untuk berbuat maksiat, berat untuk sangka buruk, berat untuk berbuat hal-hal yang hina diikuti seluruh pancainderanya yang juga merasa enggan berbuat dosa. Matanya, telinganya, bibirnya, kaki dan tangannya selalu berat untuk melakukan dosa. Kenapa? Kerana cahaya Allah mengungguli di dalam jiwanya.

Thursday, March 12, 2009

KEPUTUSAN SPM DIKELUARKAN

Hariku bermula seawal jam enam pagi setelah deringan
'alarm' hensetku bergema di telingaku....
berdebar-debar dadaku menanti keputusan spm ku...
aku menaiki motosikal ke rumah hilmi bersama along
yg telah ku jemput utk pergi bersamaku....
seperti yg di janjikan aku bersama-sama dengan rakanku ke sekolah...
Kputusan spm dijangka keluar pd pkl 10 pg, namun tekaan itu jauh
meleset kerana hanya selepas 2 jam barulah kami dpt result spm kami...
aku adalah antara insan yg terakhir yg mengambilnya....
hanya allah sahaja yg tahu betapa takutnya aku ketika itu,,

hatiku bagai disentak-sentak apabila melihat keputusanku yg hny sekadar
ckup-ckup makan sahaja...
aku memperoleh 2A, 4B, 1C dan 2D

Bahasa Melayu 1A
Bahasa Inggeris 4B
Sejarah 3B
Pendidikan Islam 3B
Mathematic 1A
Additional Mathematic 6C
Physics 4B
Chemistry 7D
Biology 7D

ak hny pasrah menerimanya... inilah kemampuan aku...

Wednesday, March 11, 2009

HARI BERSEJARAH

Esok 12 march 2009... iaitu hari ak nak amek keputusan spm... aku sangat berdebar-debar, sampaikan rase xnak amek plak... tp aku harus terima kenyataan dan perlu pergi utk menghadapinya...

hilmi, rakan sekelasku ajak untuk pergi bersamanyer esok....
dah tu die ajak sume dak laki kelas aku plak tu,,,
igt nak nyorok-nyorokkan rsult ak tp apekan daya[ da nasib badan]

td aku bru lps check permohonan matrikulasi aku,,,, X DPT PON,,,
aku da check ilan, hilmi, nasrul, shan namun semuanya hampa belaka...
namun begitu, aku tidak begitu merasainya sebab ak x harap sgt masuk matriks tu...

UNIVERSITI PERGURUAN adalah pilihan pertamaku dan keluargaku...
ak amat gembira kerana keluargaku turut menyokong pilihanku ini... moga-moga ak dapat memperoleh keputusan yg bagus esok.... amin....

doakan aku,, sume!!!